PANTUN | MAKSUD |
Apa guna berkain batik, Kalau tidak memakai capal; Apalah guna beristeri cantik, Kalau tak pandai menumbuk sambal. | Memilih isteri biarlah yang tahu menguruskan rumah tangga bukan sahaja berdasarkan kecantikan. |
Dari Kelang lalu ke Jawa, Naik sigai ke atas atap; Ikan kering lagi ketawa, Mendengar tupai membaca kitab. | Pekerjaan yang dilakukan oleh orang yang bukan ahli akan dicemuh dan ditertawakan orang. |
Ambil segulung rotan saga, Suruh diambil mari diurut; Duduk termenung harimau tua, Melihat kambing mencabut janggut. | Satu keanehan berlaku apabila kambing tidak takut akan harimau. (peristiwa pelik) |
Kupu-kupu terbang melintang, Hinggap menghisap bunga layu; Hati di dalam menaruh bimbang, Melihat ikan memanjat kayu. | Sesuatu keanehan yang berlaku melahirkan kebimbangan orang ramai |
Lebat sungguh padi di paya, Kayu tumbang tepi pangkalan; Hairan sekali hati saya, Burung terbang disambar ikan. | Perasaan hairan wujud kerana berlaku perkara yang luar biasa yang mustahil sebenarnya |
Tidak ada komentar :
Posting Komentar